RSS

Saturday 14 January 2012

KEMBALI MENJADI SEORANG PELAJAR...

Akhirnya pada 9 januari 2012, diri ini kembali menyambung pengajian... mendartarkan diri di kampus Institut Pendidikan Guru Lembah Pantai Kuala Lumpur..tak pernah aku berangan akan menjejakkan kaki di kota metropolitan yang mana penuh dengan kesibukan...aku bersyukur kepada Allah kerana memberikan aku rezeki setelah bertahun-tahun menanti..jujur ku katakan ini la yang paling ditunggu.. namun, disebalik kemanisan pasti ada kepahitan..

ke mari hanya ditemani suami...Abdullah Azzam yang amat aku sayang aku tinggalkan dia dia di samping bonda tersayang. seperti biasa, dia memandang kereta berlalu sebagai mana tiap kalu menghantar sebelum ke tempat kerja.. pada usia 8 bulan, apalah dia yang dia paham.. namun apabila tiba malamnya, hati ibu mana yang tidak terusik tatkala hanya mampu mendengar rengekan dan tangisannya...tambahan pada waktu-waktu dia menyusu.. sebak...sedeh..itula yang dirasakan..

sepanjang 4 hari menjalani sesi orientasi di IPG KBM apa yang aku rasakan, sebenarya diri ni harus bersyukur, kerana ada insan lain, yang harus lebih tabah..manakan tidak, baru 2 minggu berkahwin, terpaksa berpisah dengan si isteri..masih dalam pantang 20 hari terpaksa manjalani orientasi di sini.. tidak kurang ada yang sarat mengandung 6 bulan..8 bulan.. membawa perut masing..

IPG KBM mempunyai beratus ratus anak tangga..dari asrama ke kuliah, perlu melalui TANGGA 100..aduh...sakitnya kaki..apatahagi yang berbadan dua..seharusnya aku lebeh bersyukur..lebeh tabah.. lebeh kuat..sesunggunya tidak ALLAH uji hambanNYA kerana kemampuan hambaNya... TERIMA KASIH TUHAN

No comments:

Post a Comment