RSS

Tuesday, 17 April 2012

Cikgu oh cikgu...

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk,
Pelajar belajar sambil mengantuk...
Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon,
Pelajar belajar dengan tekun...
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat,
Pelajar belajar dengan ralat...
Kalau guru mengajar banyak bercakap,
Ada pelajar bertambah gagap...
Kalau seorang guru menjadi pemudah bicara,
Ramai pelajar pandai berbicara...
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai,
Tak akan tahu pelajar bodoh dan pandai...
Kalau seorang guru berbudi bahasa,
Dikenang pelajar sepanjang masa...

No comments:

Post a Comment